Wednesday 7 September 2011

SEJARAH PERMULAAN PERGERAKAN PENGAKAP

SUNDAY, MARCH 7, 2010
World Scout History 1907 to 1930

1907 Brownsea Island experimentation

1908 Scouting For Boys published

1910 First BSA camp held at Silver Bay, Lake George, N.Y.

1910 BSA Incorporated on February 8

1910 Campfire Girls founded

1911 BSA National Scout Office opens in New York with 7 employees

1911 Handbook For Boys published



Pergerakan Pengakap diperkenalkan oleh Lord Baden Powell pada tahun 1907. Beliau merupakan seorang askar Inggeris yang berpangkat leftenan jeneral. Beliau dikenali di seluruh dunia dengan nama singkatan BP. Pada mulanya, BP telah membawa 12 orang kanak-kanak lelaki ke Pulau Brownsea, England untuk mengadakan satu perkhemahan. Selepas itu beliau telah mengadakan beberapa perkhemahan lain di luar kota London. BP kemudian telah menulis buku Scouting for boys. Buku ini adalah hasil pengalaman beliau semasa bertugas dalam angkatan tentera dan semasa menganjurkan perkhemahan Pengakap. Kemudian buku ini telah dijadikan panduan bagi mempelajari dan melatih ahli Pengakap di seluruh dunia. Seterusnya, BP telah berhenti daripada menjadi tentera dan menumpukan sepenuh perhatian kepada perkembangan Pergerakan Pengakap. Pada tahun 1912, beliau telah menjelajah ke seluruh dunia dan menemui Pengakap dari berbagai-bagai negara. Inilah titik permulaan persaudaraan Pengakap sedunia. Pada tahun 1920, Pengakap dari seluruh dunia telah berkumpul di London untuk menghadiri Jambori Dunia Pertama. Pada malam akhir jambori itu, BP telah diisytihar sebagai 'Pengakap Agung Dunia'. Pada awalnya, Pergerakan Pengakap dianggotai oleh kanak-kanak yang berusia lebih daripada 13 tahun. Pada tahun 1913, satu unit yang khusus bagi kanak-kanak telah ditubuhkan. Unit ini dikenali sebagai Unit Anak Serigala. Kemudian, nama ini ditukarkan kepada Unit Pengakap Kanak-kanak. Pergerakan Pengakap diperkenalkan di negara kita pada tahun 1910. Kumpulan pertama Pengakap, yang mengandungi 30 orang ahli, telah ditubuhkan di Singapura oleh F.C. Sands. Selepas itu, Pergerakan Pengakap ditubuhkan ke seluruh Malaysia. Persekutuan Pengakap Singapura telah keluar daripada menjadi ahli Persekutuan Pengakap Malaysia pada Ogos 1965, setelah Singapura berpisah daripada Malaysia.

No comments:

Post a Comment